Tutorial Dagangan Pilihan HTX – Pilihan Spread Eropah

Apakah itu opsyen European Spread?

Opsyen European Spread adalah opsyen gaya Eropah yang membantu pengguna merealisasikan satu strategi opsyen yang dipanggil spread menegak dengan mudah. Strategi ini melibatkan pembelian satu panggilan (put) dan secara serentak menjual satu lagi panggilan (put) pada satu harga strike yang berlainan tetapi dengan tarikh luput yang sama. Opsyen European Spread membenarkan pengguna untuk menetapkan satu sela harga strike untuk menghadkan potensi keuntungan sebagai pertukaran untuk mendapatkan premium yang lebih rendah. Mereka adalah lebih digemari oleh pengguna yang menjangkakan satu pergerakan sederhana dalam harga aset sedia ada.

Seperti opsyen Amerika, opsyen European Spread menawarkan dua jenis produk: Spread Panggilan dan Put, yang mencerminkan pandangan pengguna, iaitu samada pasaran menaik atau pasaran menurun, terhadap aset sedia ada itu. Pengguna yang membeli kontrak opsyen European Spread akan mengaut keuntungan jika harga aset sedia ada itu meningkat dan pendapatan daripada kontrak opsyen itu merangkumi nilai premium yang dibayar. Walaupun opsyen European Spread tidak boleh dikuatkuasa sebelum tarikh luput, pengguna boleh menjual opsyen itu terlebih dahulu untuk mengunci keuntungan.

 

Bagaimana membeli opsyen European Spread?

1. Pergi ke laman web rasmi HTX: https://www.huobi.com/en-us/, gerakkan kursor ke “Derivatives” di panel navigasi atas, dan klik HTX Options”. Atau pergi terus ke pautan ini:https://www.huobi.com/en-us/otc-option/exchange

2. Klik “European Spread Options”dari bar “Option Selection”.

3. Klik pada ikon “Asset” yang terletak di sudut kiri atas untuk memilih aset sedia ada daripada kontrak opsyen itu.

4. Tetapkan spesifikasi kontrak opsyen European Spread itu, seperti Spread Panggilan atau Put, Harga Strike Tinggi dan Rendah, Tarikh Luput, dan Kuantiti.

5. Tandakan pada kotak untuk bersetuju dengan “OptionsAgreement”, klik "Get a quote" untuk mendapatkan harga tawaran untuk kontrak opsyen itu. Jika anda fikir bahawa ia adalah satu tawaran yang baik, klik “Buy” untuk membeli kontrak opsyen itu.

 

Spread Panggilan

Opsyen Spread Panggilan adalah untuk pengguna yang menjangkakan satu peningkatan sederhana dalam harga aset sedia ada pada tarikh luput. Dengan opsyen Spread Panggilan, pengguna boleh membayar kurang premium berbanding satu opsyen vanilla panggilan, tetapi potensi keuntungan mereka dihadkan sebaik sahaja harga itu melepasi harga strike tinggi.

Untuk satu opsyen spread panggilan:

Keuntungan maksimum = spread antara harga strike - premium yang dibayar

Kerugian maksimum = premium yang dibayar

Harga pulang modal (tanggapan kuantiti pesanan adalah 1) = harga strike rendah + premium yang dibayar

 

Pada tarikh luput,

Jika harga penyelesaian  harga strike rendah: bayaran = 0

Jika harga penyelesaian > harga strike rendah dan  harga strike tinggi: bayaran = kuantiti pesanan x (harga penyelesaian - harga strike rendah)

Jika harga penyelesaian > harga strike tinggi: bayaran = kuantiti pesanan x (harga strike tinggi - harga strike rendah)

 

Kajian kes untuk Spread Panggilan

$BTC sedang didagangkan pada harga 46,832 USDT. Alexa percaya harga $BTC akan naik, namun dia tidak fikir bahawa harga itu akan melepasi 49,000 USDT dalam 7 hari. Beliau membeli satu opsyen Spread Panggilan untuk 900 USDT dengan terma berikut:

Harga Strike Rendah: 46,800 USDT

Harga Strike Tinggi: 49,000 USDT

Tarikh Luput: 7 hari dari hari ini

Kuantiti: 1 BTC

Senario 1: Pasaran menaik dengan amat rancak. Harga $BTC meningkat kepada 51,000 USDT apabila kontrak opsyen itu luput. Peningkatan harga melepasi harga strike tinggi adalah tidak relevan untuk kedudukan ini. Alexa mengaut keuntungan sebanyak (49,000 – 46,800) – 900 = 1,300 USDT.

Senario 2: Harga $BTC meningkat kepada 48,000 USDT apabila kontrak opsyen itu luput. Alexa mengaut keuntungan sebanyak (48,000 – 46,800) – 900 = 300 USDT.

Senario 3: Pandangan Alexa terhadap pasaran nampaknya salah. Harga $BTC menurun kepada 44,000 USDT apabila kontrak opsyen itu luput. Alexa tidak menerima apa-apapun dan kerugian 900 USDT.

 

Spread Put

Opsyen Spread Put adalah untuk pengguna yang menjangkakan satu penurunan sederhana dalam harga aset sedia ada pada tarikh luput. Dengan opsyen Spread Put, pengguna boleh membayar kurang premium berbanding opsyen vanilla put, tetapi potesi keuntungan mereka dihadkan sebaik sahaja harga itu jatuh di bawah harga strike rendah.

Untuk opsyen spread put:

Keuntungan maksimum = spread antara harga strike - premium yang dibayar

Kerugian maksimum = premium yang dibayar

Harga pulang modal (tanggapan kuantiti pesanan adalah 1) = harga strike tinggi - premium yang dibayar

 

Pada tarikh luput,

Jika harga penyelesaian  harga strike rendah: bayaran = kuantiti pesanan x (harga strike tinggi – harga strike rendah)

Jika harga penyelesaian > harga strike rendah dan  harga strike tinggi: bayaran = kuantiti pesanan x (harga strike tinggi - harga penyelesaian)

Jika harga penyelesaian > harga strike tinggi: bayaran = 0

 

Kajian kes untuk Spread Put

$ETH sedang didagangkan pada harga 3,822 USDT. Bob percaya harga $ETH akan jatuh, namun dia tidak fikir bahawa harga itu akan jatuh di bawah 3,500 USDT dalam 3 hari. Beliau membeli satu opsyen Spread Put pada harga 875 USDT dengan terma berikut:

Harga Strike Rendah: 3,500 USDT

Harga Strike Tinggi: 3,800 USDT

Tarikh Luput: 3 hari dari hari ini

Kuantiti: 10 ETH

Senario 1: Pasaran menurun dengan teruk. Harga $ETH jatuh kepada 3,400 USDT apabila kontrak opsyen itu luput. Penurunan harga di bawah harga strike rendah adalah tidak relevan untuk kedudukan ini. Bob mengaut keuntungan sebanyak 10 x (3,800 – 3,500) – 875 = 2,125 USDT.

Senario 2: Harga $ETH jatuh kepada 3,750 USDT apabila kontrak opsyen itu luput. PNL Bob adalah 10 x (3,800 – 3,750) – 875 = -375 USDT.

Senario 3: Pandangan Bob terhadap pasaran nampaknya salah. Harga $ETH meningkat kepada 3,850 USDT apabila kontrak opsyen itu luput. Bob tidak menerima apa-apapun dan kerugian 875 USDT.

 

Lain-lain perkara untuk diketahui tentang opsyen European Spread

Selain daripada fakta bahawa opsyen European Spread menghadkan kedua-dua risiko dan potensi pulangan, mereka adalah hampir serupa dengan opsyen vanilla Eropah. Jangka masa yang lebih panjang sehingga tarikh luput, ketaktentuan tersirat yang lebih tinggi, harga strike yang lebih baik, dan satu sela harga strike yang lebih lebar akan membawa kepada premium opsyen yang lebih tinggi.

Apabila kontrak opsyen European Spread sedang aktif, pengguna boleh menetapkan satu harga sasaran untuk mengaut keuntungan. Jika harga sasaran ditetapkan, kontrak opsyen itu terjual secara automatik apabila harga pasaran aset sedia ada mencecah harga sasaran itu.

 

Hubungi Kami

Telegram: https://t.me/HTXOptions

Twitter: https://twitter.com/HTX_Options

E-Mel: [email protected]