Tutorial Dagangan Pilihan HTX – Pilihan Amerika

Apakah itu opsyen Amerika?

Opsyen Amerika, juga dikenali sebagai opsyen gaya Amerika, ialah kontrak opsyen yang membolehkan pengguna menguatkuasa hak opsyen pada bila-bila masa sebelum atau termasuk tarikh luput. Mereka berbeza daripada opsyen gaya Eropah kerana opsyen gaya Eropah hanya membenarkan pelaksanaan pada tarikh luput. Opsyen Amerika lebih digemari oleh pengguna yang menjangkakan pergerakan besar atau mengikut trend dalam harga aset pendasar.

Opsyen Amerika menawarkan dua jenis produk: Panggilan dan Put, yang mencerminkan pandangan pengguna, iaitu sama ada pasaran menaik atau pasaran menurun, terhadap aset pendasar. Pembeli kontrak opsyen Amerika akan memperoleh keuntungan jika harga aset pendasar meningkat dan pendapatan daripada kontrak opsyen itu lebih tinggi daripada premium yang dibayar. Pembeli boleh mengunci keuntungan dengan menguatkuasa opsyen pada masa tertentu sebelum luput atau menetapkan harga sasaran yang mencetuskan penguatkuasaan automatik opsyen sebaik sahaja harga aset pendasar mencapai harga sasaran. 

 

Mengapakah membeli opsyen Amerika?

Opsyen Amerika adalah produk kewangan yang serba boleh. Pengguna boleh menggunakan opsyen Amerika pada kos yang jauh lebih rendah daripada aset tertentu, untuk membuat spekulasi mengenai pergerakan harga aset pendasar pada mada hadapan dan melindung nilai atau mengurangkan pendedahan risiko mengenai kedudukan sedia ada mereka. Kebanyakan pembeli kontrak opsyen Amerika boleh merugikan premium yang dibayar pendahuluan, tanpa mengira betapa buruk harganya.

 

Bagaimanakah membeli opsyen Amerika?

HTX menawarkan opsyen Amerika pada laman web HTX dan aplikasi mudah alih HTX. Pada laman web HTX, pengguna boleh membeli opsyen Amerika dengan harga laksana yang boleh disesuaikan sepenuhnya dan tarikh luput. Pada aplikasi mudah alih HTX, pengguna hanya boleh membeli opsyen Amerika intra hari atau jangka panjang, pada wang.

 

 

Beli opsyen Amerika melalui laman web HTX

1. Pergi ke laman web rasmi HTX: https://www.huobi.com/en-us/, gerakkan kursor ke “Derivatives” di panel navigasi atas, dan klik “Options”. Atau pergi terus ke pautan ini:https://www.huobi.com/en-us/otc-option/exchange

2. Klik “Amerika Options” daripada Bar “Option Selection”.

3. Klik pada ikon “Asset” yang terletak di sudut kiri atas untuk memilih aset pendasar kontrak opsyen.

4. Tetapkan spesifikasi kontrak opsyen Amerika, seperti Panggilan atau Put, Harga Laksana, Tarikh Luput, Kuantiti dan Harga Sasaran.

5. Check the box to agree to the Options Agreement, click "Get a quote" to get a price offer for the options contract. Click “Buy” to purchase the options contract if you are pleased with the deal./Tandakan pada kotak untuk bersetuju dengan “Options Agreement”, klik "Get a quote" untuk mendapatkan harga tawaran untuk kontrak opsyen itu. Klik "Buy" untuk membeli kontrak opsyen jika anda berpuas hati dengan tawaran itu.

 

Beli opsyen Amerika melalui aplikasi mudah alih HTX

1. Buka aplikasi HTX, log masuk, pergi ke "Derivatives", kemudian tekan "Options" untuk membuka antaramuka dagangan.

2. Tekan ikon “Indek” yang terletak di sudut kiri atas untuk memilih aset pendasar kontrak opsyen.

3. Pilih tempoh kontrak opsyen dari bar “Option Duration”.

4. Masukkan kuantiti kontrak opsyen di kotak kosong di bawah carta harga.

5. Tekan “Call”or “Put” untuk membeli kontrak opsyen.

 

Opsyen Panggilan

Opsyen panggilan ialah kontrak derivatif yang memberi hak, tetapi bukan kewajipan, kepada pembeli untuk membeli aset pendasar pada harga laksana yang ditetapkan dalam jangka masa tertentu. Pembeli opsyen panggilan berpandangan optimistik terhadap aset pendasar dan percaya bahawa harga akan menaik melebihi harga pulang modal sebelum opsyen luput.

Apabila harga aset pendasar lebih tinggi daripada harga laksana pada panggilan sebelum atau pada tarikh luput, pembeli opsyen panggilan boleh merealisasikan pendapatan positif dengan menguatkuasa opsyen panggilan mereka untuk membeli aset pendasar pada harga laksana yang lebih rendah. Apabila harga aset pendasar rendah daripada harga laksana, panggilan luput tanpa nilai.

 

Kemungkinan keuntungan dan kerugian bagi pembeli opsyen panggilan digambarkan dalam rajah berikut:

Untuk satu opsyen panggilan (andaikan kuantiti pesanan adalah 1):

Keuntungan maksimum = harga penyelesaian - harga laksana - premium yang dibayar

Kerugian maksimum = premium yang dibayar

Harga pulang modal = harga laksana + premium yang dibayar

 

Peraturan penyelesaian

Jika harga penyelesaian ≤ harga laksana: bayaran = 0

Jika harga penyelesaian > harga laksana: bayaran = kuantiti pesanan x (harga penyelesaian - harga laksana)

 

Kajian kes untuk Opsyen Panggilan

Andaikan $ETH sedang didagangkan pada harga 3,261 USDT. Alexa percaya bahawa harga $ETH akan meningkat sebanyak 300 USDT dalam masa 7 hari. Dia membeli satu opsyen Panggilan pada laman web HTX dengan harga 1,698 USDT dengan terma-terma berikut:

Harga Laksana: 3,200 USDT

Tarikh Luput: 7 hari dari hari ini

Kuantiti: 10 ETH

Senario 1: Pasaran menaik dengan amat rancak. Harga $ETH meningkat kepada 3,700 USDT apabila kontrak opsyen itu luput. Alexa memperoleh keuntungan sebanyak [10 x (3,700 USDT – 3,200 USDT)] – 1,698 USDT = 3,302 USDT.

Senario 2: Pasaran turun naik. Pada hari ketiga, harga $ETH mencecah 3,400 USDT, iaitu harga tertinggi dalam 3 hari secara seketika. Alexa menguatkuasa kontrak opsyen pada masa itu dan memperoleh keuntungan sebanyak [10 x (3,400 USDT – 3,200 USDT)] – 1,698 USDT = 302 USDT.

Senario 3: Pandangan Alexa terhadap pasaran nampaknya salah. Harga $ETH menurun kepada 3,000 USDT dan gagal naik sebelum tarikh luput. Alexa tidak menerima apa-apapun dan mengalami kerugian sebanyak 1,698 USDT.

 

Opsyen Put

Opsyen put ialah kontrak derivatif yang memberi hak, tetapi bukan kewajipan, kepada pembeli untuk menjual aset pendasar pada harga laksana yang ditetapkan dalam jangka masa tertentu. Pembeli opsyen put berpandangan pesimistik terhadap aset pendasar dan percaya bahawa harga akan jatuh di bawah harga pulang modal sebelum opsyen luput.

Apabila harga aset pendasar rendah daripada harga laksana pada put sebelum atau pada tarikh luput, pembeli opsyen put boleh merealisasikan pendapatan positif dengan menguatkuasa opsyen put mereka untuk menjual aset pendasar pada harga laksana yang lebih tinggi. Jika harga aset pendasar lebih tinggi daripada harga laksana, put luput tanpa nilai.

 

Kemungkinan keuntungan dan kerugian bagi pembeli opsyen put digambarkan dalam rajah berikut:

 Untuk opsyen put (andaikan kuantiti pesanan adalah 1):

Keuntungan maksimum = harga laksana - harga penyelesaian - premium yang dibayar

Kerugian maksimum = premium yang dibayar

Harga pulang modal = harga laksana - premium yang dibayar

 

Peraturan penyelesaian:

Jika harga penyelesaian ≤ harga laksana: bayaran = kuantiti pesanan x (harga laksana - harga penyelesaian)

Jika harga penyelesaian > harga laksana: bayaran = 0

 

Kajian kes untuk Opsyen Put

Andaikan $BTC sedang didagangkan pada harga 42,594 USDT. Bob percaya bahawa harga Bitcoin akan jatuh dalam masa 3 hari. Dia membeli opsyen put "pada-wang" (harga laksana = harga semasa) pada aplikasi mudah alih HTX dengan harga 1,197 USDT berdasarkan terma berikut:

Tempoh opsyen: 3 hari

Kuantiti: 1 BTC

  

Senario 1: Pandangan Bob terhadap pasaran nampaknya salah. Pasaran menaik dengan amat rancak. Harga $BTC menaik kepada 45,000 USDT apabila kontrak opsyen itu luput tanpa nilai. Bob merugikan premium yang dibayar untuk kontrak opsyen (1,197 USDT).

Senario 2: Pasaran turun naik. Pada hari pertama, harga $BTC mencecah 41,500 USDT secara seketika. Bob menguatkuasa kontrak opsyen pada masa itu dan mengalami kerugian 1197 - [1 x (42,594 USDT – 41,500 USDT)] = 103 USDT.

Senario 3: Pasaran runtuh. Harga $BTC menjunam ke 32,000 USDT apabila kontrak opsyen itu luput. Bob memperoleh keuntungan sebanyak [1 x (42,594 USDT – 32,000 USDT)] – 1,197 USDT = 9,397 USDT.

 

Lain-lain perkara yang perlu diketahui tentang opsyen Amerika

Berbanding dengan opsyen European Spread yang mempunyai syarat yang serupa, opsyen Amerika biasanya mempunyai potensi pulangan yang lebih besar dan kos yang lebih tinggi untuk pembelian. Berdasarkan harga laksana yang lebih menguntungkan, lebih banyak masa sehingga luput, dan turun naik tersirat yang lebih besar, secara biasanya, premium pada opsyen Amerika akan lebih tinggi.

Jika pembeli tidak menguatkuasa opsyen Amerika sebelum luput, kontrak opsyen diselesaikan secara automatik pada tarikh luput mengikut peraturan Penyelesaian. 

 

Hubungi Kami

Telegram: https://t.me/HTXOptions

Twitter: https://twitter.com/HTX_Options

E-Mel: [email protected]