Panduan Menggunakan Infinity Grid Bot pada Aplikasi HTX

1. Dua cara untuk menyediakan Infinity Grid bot

Selepas log masuk ke applikasi HTX, anda boleh menyediakan Infinity Grid bot dengan dua cara:

1)      Aplikasi HTX > ‘HTX’ > ‘Trading Bot’

2)      Aplikasi HTX  > ‘Trade’ > ‘Trading Bot’

 

2. Mereka strategi Infinity Grid bot yang baru

Pilih ‘Create Strategy’ pada halaman Trading Bot, kemudian pilih ‘Infinity Grid’ pada skrin yang seterusnya.

 

●    Mod klon

Kami telah menyenaraikan “20 strategi teratas” daripada 4 papan peringkat strategi yang berbeza, anda boleh melihat butir-butiran tersebut dengan mengklik pada setiap strategi yang anda minati, dan gunakanlah strategi tersebut dengan mengklik 'Clone'.

Anda boleh mencari atau menapis strategi-strategi untuk pasangan trading yang tidak tersenarai. Kami mencadangkan untuk menggunakan mod klon sekiranya anda masih baru dalam penggunaan strategi infinity grid.

 

Mod ‘Customize’

Jika anda sudah berpengalaman sebelum ini, anda boleh memilih mod 'Customize'. Pada halaman 'Customize', klik pada ikon pilihan di bahagian atas sebelah kiri dan pilih pasangan trading anda, kemudian peribadikan semua parameter tersebut. Klik 'Run' untuk mula menjalankan strategi.

 

 

3. Melihat status strategi

Anda boleh melihat semua arahan yang sudah diklon dan strategi yang telah diperibadikan dalam ‘My Strategies’. Pilih ‘Running’ untuk melihat strategi serta arahan terkini, dan pilih ‘Closed’ bagi strategi yang telah siap dijalani. Anda juga boleh klik pada arahan tersebut untuk melihat butiran yang lanjut.

 

4. Melihat prestasi keseluruhan

Ingin menjejaki prestasi keseluruhan dan pendapatan daripada kesemua arahan yang diklon serta strategi yang diperibadi? Pergi ‘My Fund’ untuk melihat prestasi pelaburan anda secara keseluruhan. Kami akan terus menambahkan lagi, lebih banyak ciri dan butiran mengenai pelaburan, dalam masa terdekat, untuk membantu anda memahami setiap transaksi.